Ilmu Falak
* Ilmu Falak adalah salah satu cabang sains tabie (tulen).
* Ilmu yang mengkaji perjalanan badan-badan cakerawala seperti bumi, bulan, matahari dan bintang-bintang.
* ‘Falak’ dari bahasa Sumerian ‘pilak’ bermaksud sesuatu yang berputar.
* Dalam bahasa latin, astronomi – ilmu mengenai bintang.
* Hartmann 1987 : sains yang mengkaji objek-objek di angkasa.
* Al-Quran : benda yang beredar di langit – surah Yasin: 40 dan Al-Anbiya:33.
* Al-Biruni : sesuatu yang saling bertukaran.
* Ikhwan as-Shafa : ilmu yang mengkaji tentang tatasuria, menghitung jumlah bintang, mengukur pembahagian gugusan-gugusan bintan, jarak, saiz dan pergerakan badan-badan cakerawala serta mengetahui segala sesuatu yang berhubungan dengannya.
* Ibn Khaldun : ilmu yang mempelajari tentang pergerakan tetap bintang-bintang, sama ada yang bergerak atau berpusing. Gerakan-gerakan tersebut boleh diketahui melalui cerapan atau hitungan. Ilmu hitungan pula hendaklah berdasarkan kepada pengetahuan tentang ciri-ciri pergerakan dan kedudukannya.

Pengetahuan
tentang definisi ini penting bagi membezakannya dengan aspek kajian
bintang yang lain iaitu ‘astrologi’ atau ‘ilmu bintang pernujuman’.
Ilmu Falak Terpinggir?
Seorang
yang mempelajari ilmu falak mengatakan beliau merasa terasing dalam
dunia falak. Terasing dalam erti kata pemahaman tentang ilmu falak
yang dipelajari, ternyata berbeza dengan pemahaman sebilangan
masyarakat tentang ilmu falak.
Kitab bintang dua belas
yang menjadi pendorong kepada ilmu perlangkahan dalam masyarakat
dahulu, masih menjadi asas pemahaman sebilangan masyarakat tentang
falak. Justeru ilmu falak masih dengan status – “meramal”.
Situasi
ini mendorong sebilangan masyarakat memandang ilmu falak sebagai
ilmu yang rendah, kerana mengandungi unsur ramalan dan jangkaan.
Malah mungkin ada yang menganggapnya sama dengan ilmu nujum
perbintangan (astrologi).
Ilmu falak gagal
dipandang sebagai ilmu sains tabie, ilmu yang berasaskan pengkajian
terhadap alam semesta yang sistematik menurut sunnatullah.
Hingga
hari ini, ilmu falak masih gagal diterapkan dalam pembelajaran
mana-mana disiplin ilmu, bahkan kekal sebagai satu disiplin
berasingan, yang hanya diketengahkan oleh sebilangan yang berminat.
Sedangkan setiap urusan kehidupan umat, sama ada ibadat khusus atau tidak, akan tetap melibatkan ilmu falak.
1. Sistem waktu
Umat islam tidak mempedulikan langsung tentang sistem waktu, sekalipun al-Quran sendiri menyatakan bahawa watu solat itu ‘ditetapkan waktunya’. Namun aspek menjaga waktu dibiarkan sahaja, dan dipercayai bahawa sebilangan besar daripada umat islam, tidak tahu bagaimana waktu itu diukur dan ditentukan. Apalagi tentang bagaimana waktu solat itu diukur dan ditentukan?

2. Sistem tarikh dan takwim
Umat islam sekali lagi mengenepikan aspek kepentingan sistem tarikh dan takwim, apabila aspek tarikh dan takwim ini masih terumbang ambing dalam sesebuah negara, apalagi dalam hubungan antara negara. Sedangkan umum maklum tentang urusan puasa, zakat dan haji, malah urusan peribadi dan kekeluargaan seperti nikah, cerai dan rujuk, serta haid dan nifas, pasti melibatkan aspek tarikh dan takwim, yang sewajarnya diberi perhatian penting dan sebarang kekeliruan diatasi sehingga sistem tarikh dan takwim tidak diragui kesahihannya, yang tentu berhubung rapat dengan aspek kesempurnaan ibadat itu sendiri.

3. Fenomena alam
Apabila alam itu berfungsi dan beroperasi menurut sunnatullah, menurut sistem yang telah diatur oleh Yang Maha Kuasa, dengan ‘kebenaran’ menghitung bilangan tahun dan ‘hisab’, maka ‘penghitung’ akan menemui fenomena-fenomena tertentu dalam hitungan kedudukan cakerawala bagi penyusunan takwim, dan penentuan kedudukan jasad samawi yang lain, seperti fenomena gerhana (eclipse), ijtimak (conjunction), istiqbal (opposition) dan lain-lain fenomena, yang akan berlaku menurut turutan waktu yang tertentu, sama ada berulangan secara ‘banyak-banyak’, ‘jarang-jarang’, ‘sedikit-sedikit’ dan ‘kadang-kadang’. Namun tiada satu pun dalam falak fenomena ini dianggap luarbiasa atau ‘ajaib’, kerana luarbiasa dan ajaib hanya wujud pada fenomena yang berlaku secara ‘mukjizat’, ‘karamah’, dan sebagainya, bukan secara hitungan falak. Fenomena yang berlaku secara hitungan falak dianggap ‘kehebatan’ sistem alam semesta ciptaan Maha Agung, yang begitu terperinci, hingga memerlukan hitungan matematik dengan angka perpuluhan yang besar.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar